MENGENAI
PERSIDANGAN ANTARABANGSAN ISLAM, PEMBANGUNAN, DAN KEHARMONIAN SOSIAL DI ASIA TENGGARA
KEMASKINI 08 APRIL 2017: ATURCARA PROGRAM TELAH DIKEMASKINI.
KLIK DI SINI UNTUK LIHAT ATURCARA
KLIK DI SINI UNTUK LIHAT ATURCARA
Pengenalan
Kemakmuran dan keamanan rantau Asia Tenggara pada masa hadapan berkait rapat isu-isu pembangunan dan keharmonian sosial di kalangan komuniti ASEAN yang majmuk. Komuniti Muslim sebagai kumpulan masyarakat terbesar perlu ke hadapan menerajui idea, pendekatan, model dan produk terbaik dalam bidang pembangunan dan keharmonian sosial menurut perspektif Islam demi kelangsungan kesejahteraan Asia Tenggara dan merealisasikan cita-cita pembentukan Komuniti ASEAN.
Objektif
Membincangkan isu-isu pembangunan dan keharmonian sosial menurut perspektif Islam.
Mencadangkan idea, pendekatan dan model terbaik bagi kemakmuran dan keamanan Asia Tenggara.
Mengukuhkan jaringan akademik di antara pelbagai penyelidik di univeristi-universiti di Asia Tenggara ke arah membina keutuhan Komuniti Asean.
Anjuran
Academy of Islamic and Arabic Studies , Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand
dan
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dengan kerjasama;
Majlis Dakwah Negara-YADIM, Malaysia,
Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand &
Persatuan Majlis Agama Islam Lima Wilayah Sempadan Selatan, Thailand
Tarikh
11-12 April 2017 (Selasa- Rabu)
Tempat
Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand
Penyertaan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat. Jemputan akan dilanjutkan kepada kalangan Ahli akademik, penyelidik dan penggerak masyarakat di institusi pendidikan tinggi dan institusi Islam di Thailand, Malaysia dan Asia Tenggara.
Bahasa
Persidangan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Thailand.
Tema Kajian
Islam di Asia Tenggara
Islam dan Keadilan
Islam dan Keharmonian
Islam dan Keusahawanan
Islam dan Pembangunan
Islam dan Komuniti ASEAN
Islam dan Toleransi Agama
Islam dan Minoriti
Islam dan Pembangunan Wanita & Kekeluargaan
Islam dan Pendidikan
Islam dan Media
Islam dan Teknologi Maklumat
Yuran
Pembentang Antarabangsa USD 150
Pembentang Tempatan (Malaysia) RM 500
Pembentang Siswazah RM 300
Peserta Biasa Antarabangsa USD100
Peserta Biasa Tempatan (Malaysia) RM300
Kertas Kerja Sisipan Antarabangsa USD100
Kertas Kerja Sisipan Tempatan (Malaysia) RM250
Kertas Kerja Sisipan Pelajar Siswazah RM150
Tarikh Penting
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak 31 Januari 2017
Makluman Penerimaan Abstrak 15 Februari 2017
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja 15 Mac 2017
Semua abstrak dan kertas kerja hendaklah menggunakan format Gaya UKM sepenuhnya ataupun menggunakan format APA.
Abstrak dan kertas kerja hendaklah dihantar melalui laman web ini, iaitu dengan mendaftar terlebih dahulu kemudian upload abstrak dan kertas kerja di ruangan submission.
Pertanyaan lanjut
Dr. Farid +6012-3783249
Dr. Norzira +6013-6509179
Email: icdis2017@gmail.com
=========================================
ORGANIZERS
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Akademi Pengajian Islam dan Pengajian Arab, Princess of Naradhiwas University
COLLABORATIONS
Majlis Dakwah Negara-YADIM, Malaysia
Majlis Agama Islam Narathiwat
Persatuan Majlis Agama Islam Lima Wilayah Sempadan Selatan, Thailand